lama sudah kta tidak bersua... really sorry, xbrkesempatan utk update.. sedia mklumlah, krjaya sbgai student ni mmrlukn pngorbann y agk bsr.. tp xpe la, demi masa hadapan... tanpa ku sedar rupa-rupanya tnggal lg 1 thn sblm aku mnamatkn stdy as a stdnt nurse... cam xcayer pn de.. aku ni cik misi to be??? hehehe
ni la a fact tntng dri aku y smpai skunk aku still blur2 lg.. bkn pe, aku ni bkn keja ngn mesin tp ngn nyawa mnusia, cilap lngkah nyawa melayang n sudah tntulah periuk nasi aku pn trbang..huhuhu.. um, pa pe pn, lillahita'ala..
org ckp keja aku ni snang je tp,
ringan mata memandang, berat lg bahu y memikul.
. aikk, btui x ni.. he3, lantak la.. hu3...
ringan mata memandang, berat lg bahu y memikul.
. aikk, btui x ni.. he3, lantak la.. hu3...
time stdy lg aku dah leh rasa beban y akn aku pikul as cik misi 6ti.. bkn senang woo..
time student, siang keja mlm stdy utk mlengkapkn dri sbgai nurse to be.. but bla dah jdi qualified nurse, brtmbh lg tgjwb aku tmbh plakk law msa 2 dah kwin.. opps, rilek ah. kahwin 2 kn lumrah khidupan mnusia..hahhah.. siang or mlm xkira la keja, (shift) blik rmh tkar kerja pkai apron as a wife n mother lak.. bkn seme org leh devide msa utk rmh tngga n kerjaya.. go..go.. fighting.. he3.. 2 la, tmbhan kerja ngn manusia ni mmg mmerlukan komitmen y tinggi serta tnggungjwab y bsar. tp biasa la, lumrah khidupan, kesilapan y kecik sbesar biji sawi 2 la y d perbesarkn tp kbaikan y dilakukan xprnah d pndang even juz ucap tq... kami xprnah meminta balasan atas kerja y dilakukn krn semenya ikhlas krn Allah swt tp juz tlong fhm ckit y kami pn mnusia biasa y xsmpurna serta de prasaan n bknnyer robot..
kt bawah ni de artikel juz utk share ckit luahan hati sal krjaya NURSE... chek it out...
Shared by: Sakinah Sable
JURURAWAT OH JURURAWAT
J : Nani hang nak tau tak?Kesian kat kak wad aku.Gambar dia tidur dekat wad tersebar kat FB..
N : La ye ke?Awat dia tidur time kerja?
J : Dia tak sihat, tapi dia mai jugak kerja sebab patient kami ramai..Tapi masa tu dia tertidur sat kat kaunter,dia pesan kat kawan-II dia nak tidur 5minit je..Entah macam mana ada seorang anak patient tu ambik gambar dia.. Lepas tu p post kat FB..Yg tak best tu dia tulis kat FB tu..'Dah tau kerja malam tidur la siang tu cukup-II..Bodoh!!Makan gaji buta'...
N : La kesian kat dia...
Lebih kurang macam ni la kisah dia..Kpd semua pembaca.Ada pepatah yg mengatakan.'TAK KENAL MAKA TAK CINTA'.Bukan nak back up Jururawat.Tapi sekadar nak bagi pencerahan kepada mereka-II yg tidak mengenali profesion kami..Saya juga adakalanya tidak berpuas hati dengan layanan Jururawat kalau saya sendiri yg masuk Wad..Tapi kita kena faham Jururawat juga Manusia yg tidak sempurna dan adakalanya melakukan kesalahan..
Saya sendiri kalau masuk wad malu nak mengaku yg saya ni Jururawat.Sebab masa kita masuk wad mereka akan tanya pekerjaan apa..dan bila tau saya ni Jururawat mesti mereka akan cakap.Aik jururawat pun sakit juga ke?.Jururawat pun manusia ada masa sihat ada masa sakit dan ada masanya kami juga melakukan kesalahan...
TAHUKAH ANDA? ?
1) Semua Jururawat adalah manusia..We are human not perfect..Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita yang manusia ni...Pasti akan melakukan kesilapan antara sedar atau tidak..
2) Jururawat-II yg bertugas juga ada keluarga bagaikan anda semua..Anak-II,isteri,suami,ibu ayah.Pendek kata jururawat-II juga mempunyai insan-II yg memerlukan perhatian mereka.Jadi kamu fikirkanlah,macam mana nak tidur siang sedangkan anak-II pun nak kena tengok,suami pun nak kena bagi makan WALAUPUN malam hari kena kerja..
3) Jururawat-II juga adakalanya tak sempat nak makan dan solat..Pengalaman sendiri kalau kerja pagi datang kerja dapat minum air pun da syukur nikmat.Kalau kerja petang pulak nak solat asar dan marghrib terkejar-II.Kadang solat dihujung waktu
4) Kami yang jururawat ni nak pergi tandas membuang air kecil ke besar ke tak sempat.Hish malu nak cerita..Tapi inilah hakikat tugas Jururawat..Kalau nak pergi tandas rasa serba salah sebab kena tinggalkan pesakit( walaupun 5 minit).
5) Kadang-II kami kena marah dengan ibu bapa kami atau saudara mara kami,sebab bila kenduri kami tak dapat balik.Atas alasan kerja.Pesakit ramai terpaksa kami korbankan..Kalau kamu ada saudara mara Jururawat cuba tanya berapa banyak cuti tahunan mereka?Confirm..jawapannya berkepuk-II lagi cuti tu..Setahun ada 25 hari..Tak termasuk cuti am lagi.Rasanya kalau cuti tu dijual boleh kaya.hahaha..Sebab tu lah cuti tahunan yg lebih kami kena bawa pergi jadi award wang tunai..Claim bila pencen..Nak carry tahun berikutnya pun rasanya cuti tahunan tahun depan pun tak terusik.Betul tak wahai jururawat-II sekalian?
6) Kalau bulan puasa lagi sedih,ye la Solat Sunat Terawih tu adanya hanya pada bulan Ramadhan,kadang-II dalam sebulan dapat la buat sikit (jadilah dari tak ada langsung tapi kalau boleh nak buat setiap malam),tak merasa nak pergi tiap-II malam,nak buka puasa dengan anak-II dan suami pun dalam bulan Ramadhan tu dapat lah beberapa malam.Tapi Jururawat semua masih berdedikasi melakukan tugasnya memikirkan yang terlantar tu adalah amanah..
7) Kami digelar dgn pelbagai gelaran yg kurang elok..Pengalaman sendiri pernah anak pesakit tanya "awak tak geli ke basuh berak dan kencing orang?Balik rumah lalu ke nak makan?".Kami hanya mampu tersenyum dan cakap "Kami dah dilatih utk melakukan semua ini,kalau bukan kami yang lakukan siapa yang nak lakukan,walau seorang anak pun belum tentu sanggup nak cuci berak kencing mak ayah mereka,ini semua amanah dan kami ikhlas melakukannya".
ANDA KATA : Gaji Jururawat tinggi
KAMI KATA : Tanggungjawab kami dan kesabaran kami juga tinggi
ANDA KATA: jururawat kerja senang.Setakat cuci berak orang
KAMI KATA: mai test tengok kerja 1 shif pun cukup la
ANDA KATA : kalau sibuk takkan boleh make up cantik-II
KAMI KATA : Kekemasan itu perlu,kita suka tengok yang cantik kan?Kalau pesakit tengok 'misi' serabut makin teruk la sakitnya
ANDA KATA: Jururawat tu berkumpul kat kaunter mengumpat je
KAMI KATA: banyaknya dokumen kami kena tulis.Kalau nak discaj pesakit pun banyak borang yang nak kena isi.Takkan nak kena isi kat atas meja pesakit kan?Tu je la kaunter utk jururawat buat kerja
ANDA KATA : Jururawat tak pandai urus masa
KAMI KATA: tolong tunjuk kat kami macam mana nak urus masa 1 shif pun jadi lah awak masuk kerja buat contoh kat kami-II yg tak pandai urus masa ni
Ini adalah sebagai pencerahan utk mereka yg tidak mengenali dunia kejururawatan.Tidak bermaksud utk menyinggung sesiapa.
Kami tidak minta utk disanjung,kami hanya minta dihargai.Kami tidak minta anda memuji tapi kami juga tidak mahu dikeji.Kami cuba melakukan yg terbaik kerana kami juga manusia yg akan sakit.Kami juga ada ibu bapa ,kami juga tidak mahu ibu bapa kami atau anak kami dilayan dengan teruk ketika sakit.Jadi kita sama-II menjaga.Jika ada yg tidak berkenan tegurlah secara berhikmah.Tidak perlu meninggi suara,tidak perlu menggunakan kata-II kesat kerana setiap teguran dapat difahami dgn bahasa yg lembut dan berhikmah

No comments:
Post a Comment