Friday, December 27, 2013

5 perkara SEBELUM 5 perkara






layan nasyid sat....

salam Jumaat.. seperti y kter tahu, hari Jumaat adlh pnghulu segala hari, n kebanyakan peristiwa bersejarah lam islam pn jatuh pada hari jumaat serta barang siapa org briman y meninggal pada hari jumaat, insyallah terlepas dari azab kubur.. wah, begitu brmakna sekali hari jumaat ni, sbb 2 la ia d gelar penghulu sgala hari.. tmbhn plak, ini adlh Jumaat trakhir bg kter utk thun 2013 ni.. so, d hari y mulia ini, sy nk brkongsi ngn para pembaca sekalian tentang:


ape 5 perkara 2??? cam prnah dgr jerk, cam ustaz prnah ckp jerk, cam kmpln raihan prnh nyanyi jerk.. he3. kter ni hnya lah khalifah d muka bumi Allah swt, bumi ini hanyalah perhentian seketika sblum kter kembali ke alam barzah iaitu alam y kta akn tnggal selamanyer.. sy nk ingat kn dri sndri n kwn2 y laen bahawa kter hdup hanya lah sketika, so jgn la lalai ngn perhiasan duniawi. tmbhn plak kter ni umat akhr zaman,byk cgt cobaan n dugaan y harus kter tempuhi bg mnguji keimanan kter utk mndapatkn keredhaan Nya.. jom kwn2, ikut sy, kter zikir taubat jap. smoga hati kter slalu ingat pd pencipta kita..



alhamdulillah, cmner kwn2, tenang ckit hatikn.. dalam AlQuran, trdapat 1 surah ni dimana peringatan dr Allah swt agar kter lbh mnghargai masa n manfaatkn ia dgn amal soleh.. sebelum kta d lahirkan, de 3 perkara y sudah d tetapkan utk kta iaitu: JODOH, REZEKI, AJAL.. jadi jgn lah kte brlagak sombong, bermegah ngn kemewahan harta seperti Qarun y tenggelam brsama hartanye. kta semua akn d kafani dgn kain kafan putih walaupun kta ni golongan bangsawan. saat d padang masyar, kta semua same shja pada pndangan Allah swt, hanya amalan masa hidup kta y mmbezakan.
.



lihat kwn2, Allah swt sentiasa ada bg ory y briman n slalu mngingatkn dri kter, cuma kter je y slalu alpa.. sbb 2 la kter kne brpegang teguh ngn ajaran Al Quran n sunnah nabi Muhammad saw agar kter xtrpesong dr landasan y betoi..lam lagu nasyid y dsmpaikn oleh kmpln Raihan td juga byk mnyedarkn dri kta agr kte sentiasa brsedia utk mnghadapi malaikat maut y mnjemput kter xkira masa n dmana shaja kter berada.ingat taw kwn2 sekalian, 5 perkara mu sebelum 5 perkara...masa kau sihat, lakukan lah amal kebaikan sebanyak y mungkin seolah kta akn mati pda esok hari. masa kau muda betenaga, kerjakan lah kebajikan sebelum tubuhmu dirundung sakit. bersedekahlah dan hulurkan pertolongan bagi y memerlukan sebelum kemewahanmu d tarik kembali. penuhi la masa lapangmu dgn amal  sebelum harimu sesak dgn perkara laen. n y last skali, hargai la hidup y sementara ini sebelum malaikat maut dtg brtandang..






Thursday, December 26, 2013

mas kahwin???

wah nmpaknyer catatan aku y baru2 ni dapat komen y hangat dr pembaca.. tkz u olls.. n de 1 cdgn ni nk suh aku usulkan topik "mas kahwin".. umm, nmpaknyer de kesinambungan dr cerita KAWEN ari 2 ni.. hu3.. almaklumlah, musim kawin ni xhbis lg. wlaupun banjir melanda d sesetengah tempat namun 2 semua x mnjadi pnghalang utk para pengatin meneruskan niat baek mereka utk mndirikan masjid..
ce tgk pic kt bawah ni.. sweeet bangat sih..

wah ciap bersampan lagi.. ko ade??
aduhai, berpayung bagai. 6pak x pengantin 2
epy cgt dpt maen air boh..


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               



he3, org ckp benda elok jgn d tangguh2 taw. hukhuk.. k, kembali pada topik asal kter td, mas kawin ea? ape 2 mas kahwin @ mahar??? wajib ke??

   Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." 
( Riwayat Bukhari )   


                                                                                                                                                          
oh, camtu, ade paham?? so, mahar ni WAJIB diberi oleh suami kpd isterinya y sah.. tp zaman skang ni dah jdi trend bg mas kahwin mahal2, law blh brlumba2 nk bg mas kahwin y pling mahal harganye smpai snggup brhutang bagai.. ishk2. islam itu mngajar kta bersederhana lam apa jua perkara, bkn suh mmbazir. baek smpan duit 2, bawak istri g mnunaikan haji, lagi berkat hdp 2..huhu, jgn marah yerk, 6ti kne jual.. juz pringatan utk semua.. ok, jom kter dgr kte big boh @ UAI mengenai isu mahar ni??

Soalan: Boleh kah saya memberi maskawen dengan senaskah al-Quran?

Ustaz Azhar Idrus:

Boleh tu boleh, tapi adakah Nabi suruh kita buat begitu? Adakah itu sunnah Nabi? Sedangkan Nabi sendiripun beri maskawen menggunakan wang. Cuma ada seorang hamba Allah yang TERLALU MISKIN yang Nabi benarkan beliau ajar ayat Quran pada isteri sebagai maskawen. Adakah kamu TERLALU MISKIN sampai sama tahap macam lelaki itu? Jangan lah jadi kedekut pahit macam tu sekali. Kahwin nak tapi nak bagi maskawen pun kedekut. Dia kan akan jadi isteri kamu. Kalau nak kedekut dengan isteri, kamu jangan kahwin.


k, dgr 2 para lelaki d luar sna, jgn la kedekut taw tp jn la plak brlebihan. ckup la kesederhanaan lam hdp.. orite.. ok, sy harap perkongsian hari ini dpt mmbantu serba sedikit wt bakal pengantin.. insyallah.. sy Nornajiehan Mohd Yusof melaporkn dr blog sendiri.. ha3.. opppsss, jap2 xhabis lg ni. sy nkk share ckit pe bezanyer mas kawen ngn hantaran? bg y dah taw 2, diam2 sdah. juz nk bg y xtaw lg ni, kasi clear ckit bab2 kwin ni.. hukhuk.. k, jom dgr pe kter big boh kter pe beza hantaran ngn mas kahwin? law sy y habaq mai tkot x betoi lak... parok2.. hu3. jom layan sat video kt bwh ni..











Tuesday, December 24, 2013

KAWEN????



 pic ni hnye hiasan jerk k.. 
sebut je sal kawin seme pastinyer tersenyum lebar trmasuk la aku. bkn gedik taw tp biasa la 2, fitrah manusia kn.. he3. org nk kwin, kter pn nk kwin. tmbhn skang musim cti sekolah, so berderet2 la walimatulurus y smpai.. tp xpe, jimat beras kt rmh. kueng3.. di kesempatan ini, sy penulis blog ini ingin berkongsi beberapa tips n nasihat bg y bakal bergelar raja sehari.. wah skematik btoi ayt.. ha3. rasulullah saw brsabda: sebarkanlah kebaikan walaupun sepotong ayat.. so, stelah beberapa research y aku lakukan, trdapat beberapa prkara bida'ah y dilakukn dlm mjlis prkahwinan, cewah ala2 prof lak aku ni.. kihkih.. bg bakal raja sehari, anda msih de msa  lg utk prbaiki majlis anda sebelum majlis brlngsung... semoga mjlis y dberkati akn mmberi rahmat keatas prkahwinan tresebut.. smoga cinta smpai ke jannah.. amin. jika kte throwback prkahwinan junjungan trcinta , nabi Muhammad saw dgn istri trcinta saiditina khadijah, kter renungkan n ikut sunnah nabi, insyallah.. prkahwinan itu akn d brkati n drahmati.. perkahwinan itu adalah satu ikatan y suci antra lelaki n wanita bg mnghalalkn iktan hbgn trsebut dengan akad y sah n diikuti walimatulurus bg mnghebahkn prkahwinan y bru brlngsung bg mngelakkan fitnah wah, 1 nafas, hngpa jgn semput lak bce entry aku ni..huhuhu... org ckp, bkn nk kwin sekejap je tp law blh kekal smpai ke syurga taw bkn smpai ke ank cucu je,, law smpai ank cucu jerk, pastu ke mana hala tuju hbgn 2?? ish3.. fikir2 kn lah n slmt bramal... hehhe.
kt bwh ni de 10 prkara bida'ah lam perkahwinan, jom check it out..
1. Membuka Aurat

Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.
Sedangkan Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)
2. Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita
Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)
Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)
Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)
3. Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu
Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)
4. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna

Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5889)
Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
5. Mencukur Janggut

Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.
Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)
6. Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan
Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: “Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)
Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.
Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
7. Adat Bersanding dan Pelamin
Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.
Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)
Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)
8. Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga
Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.
Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)
Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, [2:104]: “Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)
Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.
Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2697)
Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)
9. Adat Merenjis Air Mawar
Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.
10. Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran

Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.
Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.
Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.
Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)
Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.
Allah s.w.t berfirman:
Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)
“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)
Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)
Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)
Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya. Wallahualam.
Sumber: Syahirul | Koleksi Bicara Agama Melayukini.net


 kt bwh ni de sdikit prkongsian brsama ustaz Azhar Idrus @ UAI, bg y meminati beliau, jom layan boh.. he3

Soalan: Tolong terangkan apakah perkara yang dibenarkan dan yang dilarang di dalam adat perkahwinan orang Melayu seperti bersanding, makan beradab, sirih junjung, tepung tawar, berinai, dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus:

Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:

* Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.

Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid'ah dan kembali kepada sunnah.

Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama. Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti....

Wednesday, September 4, 2013

cik misi to be...

lama sudah kta tidak bersua... really sorry, xbrkesempatan utk update.. sedia mklumlah, krjaya sbgai student ni mmrlukn pngorbann y agk bsr.. tp xpe la, demi masa hadapan... tanpa ku sedar rupa-rupanya tnggal lg 1 thn sblm aku mnamatkn stdy as a stdnt nurse... cam xcayer pn de.. aku ni cik misi to be??? hehehe
ni la a fact tntng dri aku y smpai skunk aku still blur2 lg.. bkn pe, aku ni bkn keja ngn mesin tp ngn nyawa mnusia, cilap lngkah nyawa melayang n sudah tntulah periuk nasi aku pn trbang..huhuhu.. um, pa pe pn, lillahita'ala..
org ckp keja aku ni snang je tp,
 ringan mata memandang, berat lg bahu y memikul.
. aikk, btui x ni.. he3, lantak la.. hu3...





time stdy lg aku  dah leh rasa beban y akn aku pikul as cik misi 6ti.. bkn senang woo..
time student, siang keja mlm stdy utk mlengkapkn dri sbgai nurse to be.. but bla dah jdi qualified nurse, brtmbh lg tgjwb aku tmbh plakk law msa 2 dah kwin.. opps, rilek ah. kahwin 2 kn lumrah khidupan mnusia..hahhah.. siang or mlm xkira la keja, (shift) blik rmh tkar kerja pkai apron as a wife n mother lak.. bkn seme org leh devide msa utk rmh tngga n kerjaya.. go..go.. fighting.. he3.. 2 la, tmbhan kerja ngn manusia ni mmg mmerlukan komitmen y tinggi serta tnggungjwab y bsar. tp biasa la, lumrah khidupan, kesilapan y kecik sbesar biji sawi 2 la y d perbesarkn tp kbaikan y dilakukan xprnah d pndang even juz ucap tq... kami xprnah meminta balasan atas kerja y dilakukn krn semenya ikhlas  krn Allah swt tp juz tlong fhm ckit y kami pn mnusia biasa y xsmpurna serta de prasaan n bknnyer robot..



kt bawah ni de artikel juz utk share ckit luahan hati sal krjaya NURSE... chek it out...


Shared by: Sakinah Sable

JURURAWAT OH JURURAWAT

J : Nani hang nak tau tak?Kesian kat kak wad aku.Gambar dia tidur dekat wad tersebar kat FB..
N : La ye ke?Awat dia tidur time kerja?
J : Dia tak sihat, tapi dia mai jugak kerja sebab patient kami ramai..Tapi masa tu dia tertidur sat kat kaunter,dia pesan kat kawan-II dia nak tidur 5minit je..Entah macam mana ada seorang anak patient tu ambik gambar dia.. Lepas tu p post kat FB..Yg tak best tu dia tulis kat FB tu..'Dah tau kerja malam tidur la siang tu cukup-II..Bodoh!!Makan gaji buta'... 
N : La kesian kat dia... 

Lebih kurang macam ni la kisah dia..Kpd semua pembaca.Ada pepatah yg mengatakan.'TAK KENAL MAKA TAK CINTA'.Bukan nak back up Jururawat.Tapi sekadar nak bagi pencerahan kepada mereka-II yg tidak mengenali profesion kami..Saya juga adakalanya tidak berpuas hati dengan layanan Jururawat kalau saya sendiri yg masuk Wad..Tapi kita kena faham Jururawat juga Manusia yg tidak sempurna dan adakalanya melakukan kesalahan.. 
Saya sendiri kalau masuk wad malu nak mengaku yg saya ni Jururawat.Sebab masa kita masuk wad mereka akan tanya pekerjaan apa..dan bila tau saya ni Jururawat mesti mereka akan cakap.Aik jururawat pun sakit juga ke?.Jururawat pun manusia ada masa sihat ada masa sakit dan ada masanya kami juga melakukan kesalahan...

TAHUKAH ANDA? ?

1) Semua Jururawat adalah manusia..We are human not perfect..Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita yang manusia ni...Pasti akan melakukan kesilapan antara sedar atau tidak..
2) Jururawat-II yg bertugas juga ada keluarga bagaikan anda semua..Anak-II,isteri,suami,ibu ayah.Pendek kata jururawat-II juga mempunyai insan-II yg memerlukan perhatian mereka.Jadi kamu fikirkanlah,macam mana nak tidur siang sedangkan anak-II pun nak kena tengok,suami pun nak kena bagi makan WALAUPUN malam hari kena kerja..
3) Jururawat-II juga adakalanya tak sempat nak makan dan solat..Pengalaman sendiri kalau kerja pagi datang kerja dapat minum air pun da syukur nikmat.Kalau kerja petang pulak nak solat asar dan marghrib terkejar-II.Kadang solat dihujung waktu
4) Kami yang jururawat ni nak pergi tandas membuang air kecil ke besar ke tak sempat.Hish malu nak cerita..Tapi inilah hakikat tugas Jururawat..Kalau nak pergi tandas rasa serba salah sebab kena tinggalkan pesakit( walaupun 5 minit).
5) Kadang-II kami kena marah dengan ibu bapa kami atau saudara mara kami,sebab bila kenduri kami tak dapat balik.Atas alasan kerja.Pesakit ramai terpaksa kami korbankan..Kalau kamu ada saudara mara Jururawat cuba tanya berapa banyak cuti tahunan mereka?Confirm..jawapannya berkepuk-II lagi cuti tu..Setahun ada 25 hari..Tak termasuk cuti am lagi.Rasanya kalau cuti tu dijual boleh kaya.hahaha..Sebab tu lah cuti tahunan yg lebih kami kena bawa pergi jadi award wang tunai..Claim bila pencen..Nak carry tahun berikutnya pun rasanya cuti tahunan tahun depan pun tak terusik.Betul tak wahai jururawat-II sekalian?
6) Kalau bulan puasa lagi sedih,ye la Solat Sunat Terawih tu adanya hanya pada bulan Ramadhan,kadang-II dalam sebulan dapat la buat sikit (jadilah dari tak ada langsung tapi kalau boleh nak buat setiap malam),tak merasa nak pergi tiap-II malam,nak buka puasa dengan anak-II dan suami pun dalam bulan Ramadhan tu dapat lah beberapa malam.Tapi Jururawat semua masih berdedikasi melakukan tugasnya memikirkan yang terlantar tu adalah amanah..
7) Kami digelar dgn pelbagai gelaran yg kurang elok..Pengalaman sendiri pernah anak pesakit tanya "awak tak geli ke basuh berak dan kencing orang?Balik rumah lalu ke nak makan?".Kami hanya mampu tersenyum dan cakap "Kami dah dilatih utk melakukan semua ini,kalau bukan kami yang lakukan siapa yang nak lakukan,walau seorang anak pun belum tentu sanggup nak cuci berak kencing mak ayah mereka,ini semua amanah dan kami ikhlas melakukannya".

ANDA KATA : Gaji Jururawat tinggi
KAMI KATA : Tanggungjawab kami dan kesabaran kami juga tinggi

ANDA KATA: jururawat kerja senang.Setakat cuci berak orang
KAMI KATA: mai test tengok kerja 1 shif pun cukup la

ANDA KATA : kalau sibuk takkan boleh make up cantik-II
KAMI KATA : Kekemasan itu perlu,kita suka tengok yang cantik kan?Kalau pesakit tengok 'misi' serabut makin teruk la sakitnya

ANDA KATA: Jururawat tu berkumpul kat kaunter mengumpat je
KAMI KATA: banyaknya dokumen kami kena tulis.Kalau nak discaj pesakit pun banyak borang yang nak kena isi.Takkan nak kena isi kat atas meja pesakit kan?Tu je la kaunter utk jururawat buat kerja

ANDA KATA : Jururawat tak pandai urus masa
KAMI KATA: tolong tunjuk kat kami macam mana nak urus masa 1 shif pun jadi lah awak masuk kerja buat contoh kat kami-II yg tak pandai urus masa ni

Ini adalah sebagai pencerahan utk mereka yg tidak mengenali dunia kejururawatan.Tidak bermaksud utk menyinggung sesiapa.
Kami tidak minta utk disanjung,kami hanya minta dihargai.Kami tidak minta anda memuji tapi kami juga tidak mahu dikeji.Kami cuba melakukan yg terbaik kerana kami juga manusia yg akan sakit.Kami juga ada ibu bapa ,kami juga tidak mahu ibu bapa kami atau anak kami dilayan dengan teruk ketika sakit.Jadi kita sama-II menjaga.Jika ada yg tidak berkenan tegurlah secara berhikmah.Tidak perlu meninggi suara,tidak perlu menggunakan kata-II kesat kerana setiap teguran dapat difahami dgn bahasa yg lembut dan berhikmah

Tuesday, September 3, 2013

kemerdekaan....

HUHU.... rasanya dah lama jemari ni x update story kt cni. almaklumlah, cbuk ngn asgmnt as studnt.. pa pe pn, ari ni sy nk luangkn byk masa kt cni sbb dah rndu gler nk coret2 citer n nk ngisi masa cuti y agak pndek ni.... cewah, bajet cam nk jdi penulis novel la plak..hahhaha.. xde la, juz  sesaja nk penuhkn blog..

layan lagu sat ea, khas utk perwira negara..


um, actually de 1 story ckit nk share, bru2 ni negara 
kita dikejutkan dengan 1 kisah y tragis dimana beberapa org pahlawan negara kita telah gugur setelah diserang oleh penceroboh di sempadan negara kita.. waa, ayt cam nk bace brite jerk. ada bakat x??? hahha. ok2, kter serius ckit. al Fatihah utk anggota polis y trlibat. smga mereka d tmpatkn dlm golongn para syhid.. kpd ahli kluarga arwah, smoga lbh tabah n redha akn pmergian perwira negara kita ni. 1 y gugur, seribu lg akn bangkit brjuang, diharap peristiwa ini tidak mematahkn smngat barisan prtahanan negara kita untuk trus brjuang mnjaga keamanan negara kita. "agi idup, agi ngelaban".. yaeaahhh..

n negara Malaysia kta baru shja mnyambut kmerdekaan y kli ke 56.. cewah.. dah old old.. he3(warga emas)
alhamdulilah, syukran...
jika dbndingkan dgn negara lain trutama ngara islam y sdang brgolak skang ni, (Palestin) kta sptutnya brasa syukur krn msh mampu brnafas mnghirup udara y x d cemari ngn asap dari letupan bom n sbgainya.. kanak-kanak masih mampu trsenyum gembira ke sekolah walaupun liat utk bangkit pg namun jika d bndingkn dgn kanak-kanak d Syiria n Gaza, bkn stakat tidak mngenali sekolah malah jemari kecil y spatutnya memegang pensil trpaksa mengankat senjata bg memprjuangkn khidupan mreka. segelintir kanak-kanak negara kta malas bnkit pg, konon nyer air sejuk smbl nyorok lam comfter tebal..huhu tp kank-kank ngara lain bkn xnk bngkit tidur tp tidur mreka xprnah ckup mlah mreka tidur dlm jaga srta brmndikan darah ahli kluarga mreka sndiri.. oleh itu, sy nk ingtkn dri sy n teman y lain, hargai lah nikmat wlaupun sdikit sblum nkmt trsebut d tarik balik. jgn la slalu mrungut akn kekurangan tp manfaatknlah spenuhnya pe y ada.. setiap kali kta mrungut akn kekurngan trsebut,  smakin itu lah rezeki kta akn brkurangan..
syukur la dgn pe y ada...

Monday, September 2, 2013

surat cinta buat bakal imamku....



walau d mana sahaja d kau berada wahai bakal imamku, 
smoga bingkisan ini dapat mnjadi tatapan & renungan
 utk kebahagiaan brsama.. insyAllah.. 

Saturday, December 22, 2012

~surprizzzzzzed~






org kter, family comes first. itu y aku pegang. 
kluarga adlh harta y xtrnilai bg ku.
so, aku mmg btui2 spent time ngn dia org cti sem ni.
n kebetulannya, adk aku pyer bfday pn jtuh time cti ni, so jeng3...
hahhha, as a sis, i'm try 2 do d best.
um, so ptg 2 aku n adk laki ku p la mmbeli blah pa pe y prlu
d tkdirkn plak, tetiba hjan masa kami kt kdai kek 2
aku mrenung lantai, law aku bli kek ni, hncur la 6ti smpai rmh.
hmmmmmmmmmm, smbil memerah otak y geliga ni, i got d idea
aku redah jerk hujan n kek 2 aku pakaikn bju hjan.
kuikui, wlaupn aku bsah kuyup asalkn kek 2 slamat.
dah la basah kuyup hjan, tetiba 1 keta ni dtg trus mnyimbah kami.
malang btoi, basah lencun ah kami.. :(
tp pa pe pn, bfday surprzed must be on..
huhh, mlm 2 pas mghrb aku pnggl adk2 kmpul utk mkn2 ckit
 tp dia org xtaw lg sal kek 2.kihkihkih
jengjeng.. adk laki aku wt kluar kek 2.hahhaa
nmpak ah muka2 y trkejut 2 cam trtelan bijik drian jerk..kakkaahh
waaaaaa, brjaya gak aku wt srprzed.......
~HAPPY BUFDAY~
hhehhe, enjoy sakan ah mlm ni..
 mlm 2 mmg kter org mkn smpai nk trkeluar blik dah mlm 2.fuhhh, knyang gilak
aku ingt lg muka adk aku, hehe, trkejut habis.
msti dia xsngka lngsung y sis dia sorng ni nk clbrate dia pnyer hari tuo..hahha
akn ku abadikn setiap saat indah ini la kotak memoriku.
jika dah pnuh, akn ku dlete kngan y xbrp pnting..
 but y pling pnting, diz d sweetest moment in my life.



                                                   y kt sebelah aku 2 la, bfday gurlz nyer..


luv u all. kluarga adlh harta y x trnilai hargaye. 
hargailah mereka selama hayat d kandng bdn,
n 4 my little sis, stdy elok2.
masa dpn mu brgantung kpd pe y ko lakukan. 
ingatlah, kter mmg d lahirkn susah tp 
kter x ditakdirkn utk slamanyer susah.
Allah swt xkn ubah nasib sesuatu kaum trsebut
melainkn mereka cuba mngubahnye.